Ahad, 27 Mac 2011

tip bisnes orang cina

Orang yang berniaga tidak boleh cerewet dan jika boleh, perlu berusaha mempermudah urusan.

Orang cina tidak mempunyai pormula khusus untuk memulakan perniagaan. Mereka berniaga berpandukan pengalaman yang di peroleh dalam kehidupan seharian. Bagi orang cina, sesuatu perniagaan yang di lajankan perlu prektikel dan tidak terlalu melecehkan. Orang yang berniaga tidak boleh cerewet dan kalau boleh,perlu berusaha mempermudah sesuatu perkara. Untuk menjadi peniaga yang baik dan Berjaya, terdapat 50 tip niaga orang cina yang boleh dijadikan panduan atau pedoman. Tip ini cukup seang dan tidak mudah (gampang) untuk di laksanakan. Tampa sembarang tindakan atau usaha tip ini tidak member sembarang munafaat kepada pengusaha (peniaga).

1. Peniaga perlu menunjukkan kejujuran dank e iklasan semasa menjalankan urus niaga.
2. Peniaga perlu mewujudkan kepercayaan dan ikatan mesra dengan pelanggan tidak kira pelanggan yang besar, kecil, pelanggan tetap mahupun yang baru
3. Peniaga perlu melayan pelanggan nya dengan seksama kerana setiap antara mereka adalah penting.
4. Peniaga tidak boleh mengikut perasaan dan kehendak sendiri.
5. Peniaga perlu akur dengan kehendak pelanggan.
6. Peniaga perlu memanis kan muka dan kaya dengan senguman.
7. Peniaga tidak boleh marah dan menengking pelanggan.
8. Peniaga bukan boss (tauke) kerana boss sebenar adalah pelanggan.
9. Peniaga tidak boleh sombong, angkuh dan bongkak.
10. Peniaga perlu ringan tulang dan mudah menghulurkan bantuan.
11. Peniaga perlu bersedia memberikan khidmat tambahan dan dalam konteks perniagaan runcit, menghantar barang kerumah pelanggan.
12. Peniaga tidak boleh ragu-ragu menjawab soalan orang ramai.
13. Peniaga perlu menunjukkan yang beliau seorang yang serba tahu terutama perkara yang berkaitan dengan perniagaannya.
14. Peniaga perlu mengambil berat (peduli) hal ihwal masyarakat dan isu semasa.
15. Peniaga perlu ada kepekaan yang tinggi dan rasa simpati yang mendalam terhadap pelanggan nya.
16. Peniaga perlu menganggap pelanggan nya sebagai sahabat, bukan nya hanya pembeli yang akan datang dan pergi.
17. Peniaga tidak perlu kedekut (pelit) memberikan diskaun, pujian dan penghargaan kepada pelanggan nya.
18. Peniaga tidak boleh mengambil cuti (libur) kecuali dalam keadaan kecemasan atau perkara yang tak dapat di elakkan.
19. Peniaga perlu bangun awal dan membuka perniagaan secepat yang mungkin.
20. Peniaga perlu memberikan perkhidmatan yang cepat dan pantas, dan jangan biarkan pelanggan tertunggu-tunggu.
21. Peniaga perlu mudah dibawa berbicara dan berunding.
22. Peniaga tidak boleh bersikap prajudis kepada pelanggan dan orang ramai.
23. Peniaga sentiasa berfikiran terbuka dan positif.
24. Peniaga tidak boleh cepat mellatah dan terburu-buru.
25. Peniaga perlu menunjukkan pada pelanggan yang dia sentiasa sebuk.
26. Peniaga tidak boleh tidur semasa menjalankan perniagaan.
27. Peniaga perlu menceriakan keadaan bukan mencetus kebosanan.
28. Peniaga perlu memenuhkan permisnya (toko) dan jangan biarkan ada ruang yang kosong,.
29. Peniaga perlu memberikan kebebasan kepada pelanggan untuk membuat pilihan.
30. Peniaga jangan sesekali membuat keputusan kepa pelanggan kecuali kalu di minta.
31. Peniaga tidak boleh berkata “tidak” kepada pelanggan
32. Peniaga tidak boleh bewujudkan jurang dengan pelanggan apatah lagi menjadi kera sumbang.
33. Peniaga perlu membuat pelanggan merasakan kehadiran mereka din anti-natikan.
34. Peniaga peerlu berperanan sebagai peniaga, bukan nya kaki umpat, kaki judi atau pun kaki arak.
35. Peniaga perlu belajar menggunakan uang dan meningkatkan kemahiran menabung.
36. Peniaga perlu sediakan duit kecil untuk di tukarkan kepada pelanggan.
37. Peniaga tidak boleh menunjuk-nunjuk kemewahan kepada pelanggan, kerana imej bukan nya dating dari perhiasan diri akan tetapi ia berada di perkhidmatan yang di beri.
38. Peniaga jangan sesekali makan di hadapan pelanggan, kerana di anggap sebagai perbuatan yang tidak sopan. Pelanggan tidak suka.
39. Peniaga perlu tinggalkan notis apabila ditutup sementara waktu.
40. Peniaga jangan terlalu suka atau kerap bercakap (ngomong) mengenai keuntungan.
41. Peniaga perlu tahu perbezaan (perbedaan) keuntungan jangka pendek, atau keuntungan jangka panjang.
42. Peniaga jangan cari musuh kerana ia tidak baik untuk perniagaan.
43. Peniaga tidak boleh terlalu yakin, kena juga berwaspada atau berjaga-jaga.
44. Peniaga sebaik-baiknya menjadikan permis perniagaan (toko) sebagai tempat tinggal untuk saudara mara mertandang atau melawat.
45. Peniaga perlu menyediakan lebihan stok jualan supaya tidak berlaku kekurangan.
46. Peniaga perlu tepati janji dan menjelaskan (menyelesaikan) hutang.
47. Peniaga tidak akan rugi memberikan enesiatif kepada pelanggan dalam bentuk potongan harga, hadiah atau mmenambbah berat barangan yang di beli oleh mereka.
48. Peniaga tidak boleh menipu (bohong) kerana kepercayaan adalah asas perniagaan.
49. Peniaga tidak boleh menyalahkan orang lain apabila berlaku kerugian atau kecelakaan. Semuanya perlu di terima dengan hati yang cekal.
50. Peniaga perlu mewujudkan situasi menang-menang atara dia dan pelanggan. Dengan itu, hubungan mereka akan berkekalan dan perniagaan akan terus wujud.
                                                     kembali ke laman utama
Oleh: ANN WAN SENG

0 ulasan:

Catat Ulasan