Sekali mereka melangkah, langkah itu akan diteruskan. Tidak ada ruang hendak berundur kebelakang.
“orang cina sangat percaya pada nasib. Dalam perniagaan, selain pengurusan yang cekap dan kerja kuat, nasib juga memainkan peranan dalam perniagaan. Bagi orang cina, jika nasib tidak menyabelahinya, maka secekap mana sekalipun orang itu, perniagaan nya tidak akan berhasil. Jika dalam masyarakat melayu terdapat psikologi yang berkaitan dengan langkah kanan, dalam masyarakat cina aspek itu juga di ambil kira sebelum memulakan sesuatu perniagaan. Beberapa spek perlu di pertimbangkan sebelum melangkah kedunia perniagaan. Antaranya adalah waktu yang sesuai, lokasi yang strategic dan tuah badan.
Jika nasib baik menyebelahi seseorang, apa saja yang di lakukan seseorang itu akan berhasil atau mendatangkan keuntungan, begitu juga sebaliknya, jika seseorang itu bernasib malang, makan semua perkara yang dilakukan tidak kena sahaja.
Orang cina percaya nasib buruk boleh di ubah. Sial dan malang boleh dibuang dan digantikan dengan nasib yang baik. Orang cina mempunyai psikologi yang positif. Mereka sentiasa menaruh harapan untuk Berjaya dan menjadi kaya. Walaupun seribukali gagal, mereka akan mencoba kerana mereka percaya lambat laun nasib akan berpihak kepada mereka. Sebab itulah orang cina sanggup mengeluar kan uang yang banyak untuk membuat tilikan dan mendapatkan bantuan pakar feng shui bagi memajukan perniagaan mereka. Mereka akan memastikan kedudukan perbis, perhiasan, peralatan pejabat, warna, gambar, jumlahbilik, lampu dan sebagainya disusunkan dengan baik. Susunan yang buruk boleh menjejaskan feng shui perniagaan dan seringkali dijadikan sebaga punca kegagalan dan kerugian kepada perniagaan.
Selain itu, ia juga boleh mengakibatkan kemalangan, pergaduhan, perpecahan, kecurian dan menjejaskan tumpuan.
Contohnya, jam dinding tidak boleh di letakkan di atas pintu masuk kedai kerana akan menyebab kan kedai itu akan mengalami kerugian. Begitujuga dengan perabot yang menyerupai objek tajam seperti pisau, seboleh-bolehnya dielakkan daripada diletakkan didalam kedai. Meletakkan benda yang tanjam di ibaratkan akan menikam pemilik permis perniagaan itu. Ini tidak baik untuk perniagaan dan di anggap membawa nasib malang. Prabot yang bulat dikatakan baik kerana ia melambangkan uang, kesejahteraan, dan keharmonian.
Pemikiran dan psikologi orang cina di pengaruhi oleh alam sekitany. Alam dikatakan memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan seseorang dalam perniagaa.
Alam mempunyai hubungan dengan kelahiran, nasib dan perjalanan masa depan seseorang , terdapat tahun dan masa sesuai untuk memulakan perniagaan. Membuka perniagaan pada masa yang tidak sesuai akan menyebabkan seseorang menghadapi pelbagai masalah dan kesukaran. Kepercayaan itu seringkali membuat seseorang menangguhkan hasratnya hendak membuka perniagaan. Ia memberikan kesan psikologi yang kuat kepada orang cina. Kepercayaan ini seperti tahyul dan tidak logic. Tetapi dari segi lain, ia meninggalkan psikologi yang positif bagi orang cina.
Memulakan perniagaan tidak boleh di lakukan dengan terburu-buru. Banyak aspek dan perkara yang perlu di ambil kira. Persiapan yang rapi diperlukan bagi menjalankan sesuatu perniagaan. Bagi orang cina, sebaik sahaja orang itu melangkah kea lam perniagaan, merka tidak boleh berpatah balik. Orang cina cukup serius apabila melakukan sesuatu, jika mereka berhibur mereka akan berhibur sepuas-puasnya, mereka berniaga bagi mencari makan, mereka makan dengan bersungguh-sungguh. Itulah perwatakan dan psikologi orang cina. Psikologi itu juga dapat di perhatikan pada peniaga cina yang berpegang pada konsep Sekali mereka melangkah, langkah itu akan di teruskan, tiada rurang hendak berundur ke belakang.
Bertitik tolak daripada hal ini maka peniaga cina akan memastikan apa yang mereka lakukan tidak membawa natijah yang tidak baik. Bukan sahaja mempunyai modal yang mencukupi, pengalaman dan kemahiran, tetapi juga tuah yang akan sentiasa mengekori serta berada di samping mereka setiap masa. Orang cina mahu sentiasa berfikiran positif dan tidak akan membiarkan sembarang bentok elemen negatif mengganggu tumpuan serta usaha niaga mereka. Orang cina juga mempunyai psikologi yang optimis iaitu semua masalah mempunyai jalan penyelesaian. Setiap halangan ada cara mengatasinya. Mereka percaya, semua benda yang tidak baik boleh di ubah menjadi baik termasuk nasib, masa depan dan prospek perniagaan, keyakinan dan kepercayaan itu adalah antara aspek penting psiologi yang dimiliki oleh para peniaga cina. Kekuatan psikologi itu di bawa kemana-mana dan asa kejayaan ekonomi orang cina dimana sahaja mereka berada.
Oleh: Ann Wan Seng
Terbitan:PTS PROFESSIONAL
WWW.PTS.COM.MY
0 ulasan:
Catat Ulasan