Jumaat, 8 April 2011

Fakta penting mengenai burung wallet.


Boleh dikatakan semua penternak atau pengusaha burung wallet akan mengaku bahwa burung tersebut adalah sejenis haiwan yang menarik dan mempunyai perbagai kerenah. Di bawah adalah beberapa fakta penting yang menampakkan keunikan burung wallet:

1.   Aktiviti burung wallet boleh di kesan di seluruh Malaysia Indonesia.
2.   Burung wallet boleh terbang 50 kilometer dalam masa sehari.
3.   Burung wallet mempunyai daya ingatan yang hebat- mereka boleh mencari kediaman mereka dengan mudah (gampang), serta mengenal pasti sarang mereka di antara beribu-ribu sarang lain!.
4.   Burung wallet meninggalkan tapak kediaman mereka seawal 5.30 pagi hingga 6.30 pagi, dan kembali diantara 7.15 hingga 7.30 petang (sore)
5.   Sesetengah burung wallet akan kembali pada lebihkurang 12 tengah hari untuk memberi makan kepada anak-anak, sementara ada juga  yang akan mengambil giliran untuk mengeram telur.
6.   Pasangan burung wallet adalah berkekalan mereka setia pada yang satu.
7.   Kebiasaan nya, burung wallet bertelur tiga kali setahun.
8.   Burung wallet biasanya menghasilkan dua biji telur setiap sesi perteluran.
9.   Kedua-dua burung wallet jantan dan betina akan membantudalam proses pembinaan sarang.
10.                Burung wallet biasanya akan membuat sarang pada waktu       malam.
11.                Kedua-dua burung wallet, jantan dan betina akan mengambil giliran untuk mengeram telur.
Musuh burung wallet termasuk ular, kelawar, cicak, helang, cengkerik besar dan tikus.

0 ulasan:

Catat Ulasan